Skip to main content

Dunia

Puting beliung cetus kerosakan di New York, Delaware

A waterspout turned tornado, according to the National Weather Service, in Atlantic Beach, New York, U.S., August 20, 2026, in this screen grab obtained from a social media video. @docdondon/Instagram/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. NO RESALES. NO ARCHIVES. VERIFICATION: - Parking lot layout, buildings and structures matched archive and satellite imagery. - Date verified by original file metadata. - National Weather Service said a waterspout turned into a tornado
Puting beliung yang terbentuk daripada pusaran air (waterspout), menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), melanda Atlantic Beach, New York, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Advertisement

NEW YORK: Beberapa puting beliung dilaporkan melanda negeri New York dan Delaware di Amerika Syarikat (AS) ketika ribut kuat, hujan lebat dan angin kencang membadai wilayah Timur Laut negara itu, menyebabkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Di Atlantic Beach, Long Island, New York, puting beliung yang dipercayai terbentuk daripada pusaran air (waterspout) merosakkan sebuah kelab pantai dan memusnahkan beberapa struktur berhampiran pantai.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan awan corong besar serta serpihan diterbangkan angin ketika ribut melanda kawasan itu.

Eksekutif Daerah Nassau, Bruce Blakeman, berkata tiada laporan kecederaan serius atau kematian setakat ini, walaupun kerosakan besar dilaporkan terhadap kemudahan pantai dan harta benda awam.

Keadaan darurat turut diisytiharkan bagi mempercepatkan operasi pembersihan dan penilaian kerosakan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) kemudian mengesahkan puting beliung kategori EF-1 melanda Atlantic Beach dengan kelajuan angin mencecah kira-kira 156 kilometer sejam (97 batu sejam).

Puting beliung itu dilaporkan berada di daratan selama kira-kira tiga minit sebelum beredar ke laut.

Sementara itu, di Dover, ibu negeri Delaware, sebuah puting beliung turut dilaporkan menyentuh tanah ketika ribut melanda bandar berkenaan pada petang Khamis.

Kejadian itu menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan, pokok tumbang, talian elektrik terputus dan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa Dover mengisytiharkan darurat sementara susulan kerosakan yang berlaku, namun status tersebut ditarik balik pada Jumaat selepas keadaan kembali terkawal dan kerja-kerja pembersihan dimulakan.

Ribut yang sama turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di New York dan New Jersey.

Di Jersey City, pasukan kecemasan dilaporkan menyelamatkan puluhan individu yang terperangkap dalam kenderaan selepas jalan raya ditenggelami air.

Pihak berkuasa bagaimanapun memaklumkan tiada kecederaan serius dilaporkan akibat puting beliung yang melanda New York dan Delaware, manakala usaha penilaian kerosakan serta pembersihan masih diteruskan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement