Puting beliung di Brazil ragut enam nyawa

Pasukan penyelamat dan sukarelawan dilihat giat menjalankan kerja-kerja pembersihan menggunakan jentera berat seperti traktor dan penggali. - Foto REUTERS
RIO BONITO DO IGUACU: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 1,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas puting beliung kuat melanda bandar Rio Bonito do Iguacu di selatan Brazil pada Jumaat.
Menurut agensi pemantauan alam sekitar negeri Parana, bencana itu memusnahkan lebih 90 peratus struktur bangunan di bandar berkenaan, dengan kelajuan angin mencecah 250 kilometer sejam.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat dan sukarelawan dilihat giat menjalankan kerja-kerja pembersihan menggunakan jentera berat seperti traktor dan penggali, manakala usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Penyelaras Pertahanan Awam Negeri Parana, Kolonel Fernando Schunig berkata, keutamaan kini adalah menilai tahap kerosakan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada penduduk serta perniagaan yang terjejas bagi memulihkan keadaan.
Jelas beliau, Pusat perlindungan sementara telah dibuka di bandar-bandar berhampiran bagi menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu, Rio Bonito do Iguacu terletak di kawasan pedalaman selatan Brazil dan jarang mengalami fenomena cuaca ekstrem seperti ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


