awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qantas didenda RM247 juta kerana pecat kakitangan secara haram

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2025
01:20 MYT
Qantas didenda RM247 juta kerana pecat kakitangan secara haram
Hakim Lee turut mengkritik permohonan maaf Qantas yang dianggap “lebih fokus kepada reputasi syarikat daripada kesan terhadap pekerja yang terjejas”. - Foto fail/REUTERS
SYDNEY: Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, telah dikenakan denda sebanyak AUD$90 juta (kira-kira RM247 juta) oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah memecat lebih 1,800 kakitangan darat secara haram pada tahun 2020.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan Australia denda Qantas AUD$90 juta kerana memecat 1,800 kakitangan darat secara haram pada 2020 semasa pandemik.
  • Sebanyak AUD$50 juta akan dibayar kepada Kesatuan Pekerja Pengangkutan (TWU) - hakim sifatkan tindakan Qantas sebagai "dirancang teliti untuk lemahkan kuasa kesatuan".
  • Qantas sebelum ini diarahkan bayar pampasan AUD$120 juta, namun mahkamah tegur syarikat lebih fokus lindungi reputasi daripada kesan terhadap pekerja.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Michael Lee, yang menyifatkan tindakan Qantas sebagai “pelanggaran besar terhadap maruah manusia” dan satu amaran keras kepada syarikat korporat lain agar tidak mengutamakan keuntungan dengan melanggar undang-undang buruh.
Sebanyak AUD$50 juta daripada jumlah denda itu akan disalurkan kepada Kesatuan Pekerja Pengangkutan (TWU), yang memainkan peranan utama dalam membawa kes ini ke mahkamah.
Hakim Lee turut mengkritik permohonan maaf Qantas yang dianggap “lebih fokus kepada reputasi syarikat daripada kesan terhadap pekerja yang terjejas”.
Kes ini berpunca daripada keputusan Qantas untuk mengalihkan tugas pengendalian darat kepada kontraktor luar semasa pandemik COVID-19, yang menurut mahkamah bertujuan melemahkan kuasa tawar-menawar kesatuan dalam rundingan gaji.
Mahkamah turut mendedahkan bahawa keputusan itu dirancang secara teliti oleh pengurusan kanan Qantas dan melibatkan bekas Ketua Pegawai Operasi, Paul Jones.
Qantas sebelum ini telah diarahkan membayar AUD$120 juta sebagai pampasan kepada kakitangan yang terjejas, namun Hakim Lee menyatakan masih belum ada jaminan bahawa semua bayaran itu akan dilunaskan sepenuhnya.
Keputusan ini disambut dengan pelukan dan air mata oleh ahli kesatuan yang hadir di mahkamah, menandakan kemenangan besar buat pekerja yang telah berjuang selama lima tahun untuk mendapatkan keadilan.
Topic Berkaitan
#Qantas
#denda
#COVID-19
#pecat kakitangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan