DUNIA
Qatar anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tergempar pada 15 Sept
Penganjuran sidang kemuncak pada waktu ini antara lain menunjukkan solidariti Arab dan Islam yang meluas dengan Negara Qatar. - Paul Cowan / Shuttertsock.com
ANKARA: Qatar pada Sabtu mengesahkan akan menganjurkan sidang kemuncak Arab-Islam tergempar pada 15 Sept sebagai respons terhadap serangan Israel baru-baru ini yang menyasarkan pemimpin Hamas di wilayahnya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Penasihat Perdana Menteri merangkap jurucakap Kementerian Luar, Majed bin Mohammed Al-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) bahawa sidang kemuncak itu akan membincangkan draf resolusi berhubung serangan Israel ke atas Qatar yang dikemukakan oleh mesyuarat persediaan menteri-menteri luar Arab dan Islam pada Ahad.
Beliau menegaskan bahawa penganjuran sidang kemuncak pada waktu ini "mempunyai kepentingannya," khususnya dalam menunjukkan solidariti Arab dan Islam yang meluas dengan Negara Qatar.
Ansari menyifatkan serangan yang menyasarkan kawasan kediaman rundingan Hamas di Doha itu sebagai "pencerobohan pengecut" dan "keganasan negara yang dilakukan Israel."
Pada Selasa lalu, Israel menyerang sebuah kawasan kediaman di Doha yang menempatkan pemimpin Hamas.
Serangan itu meragut nyawa lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar ketika mereka sedang membincangkan cadangan baharu daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan peperangan di Gaza.
Qatar bersama AS dan Mesir sebelum ini menjadi pengantara dalam rundingan bagi menamatkan peperangan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini