DUNIA
Qatar harap rundingan Iran-AS capai persetujuan komprehensif, tingkat kestabilan serantau
Sheikh Mohammed mengadakan pertemuan dengan Araghchi di Doha, 7 Feb 2026. - Foto MofaQatar_AR
ISTANBUL: Qatar pada Sabtu menzahirkan harapan agar rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) akan membuahkan perjanjian komprehensif yang menyumbang kepada peningkatan keselamatan dan kestabilan di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Luar Qatar.
Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan antara Menteri Luar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi, yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Doha.
Kedua-dua menteri membincangkan usaha berterusan untuk meredakan ketegangan di rantau berkenaan, sehari selepas berakhirnya rundingan tajaan Oman antara Washington dan Tehran mengenai isu nuklear.
Sheikh Mohammed menyambut baik rundingan yang diadakan di Muscat itu, sambil menyatakan harapan agar ia "membawa kepada perjanjian komprehensif yang memenuhi kepentingan kedua-dua pihak serta memperkukuh keselamatan dan kestabilan serantau."
Beliau turut menekankan "keperluan untuk usaha bersepadu bagi mengelakkan rakyat di rantau ini daripada menanggung akibat daripada ketegangan yang memuncak, selain meneruskan penyelarasan dengan negara-negara saudara dan sahabat untuk mengatasi perbezaan melalui saluran diplomatik."
-- BERNAMA