awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
MOM senarai pendek calon CDM, timbalan ke Sukan SEA Thailand
MALAYSIA
Polis tahan lelaki lakukan khianat langgar kereta warga emas
MALAYSIA
Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan babit tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Qatar kecam serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan AS, anggap pencabulan kedaulatan

Agensi
Agensi
23/06/2025
22:50 MYT
Sponsor Banner
Qatar kecam serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan AS, anggap pencabulan kedaulatan
Qatar mengecam tindakan Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid yang terletak di wilayahnya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan ruang udaranya. - Gambar Reuters
DOHA: Qatar pada Isnin mengecam keras tindakan Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid yang terletak di wilayahnya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan ruang udaranya.
Menurut laporan agensi berita Anadolu, Kementerian Luar Qatar menerusi jurucakapnya, Majed Al Ansari, menyatakan, negara itu berhak untuk bertindak balas secara wajar mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
“Qatar mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Pengawal Revolusi Iran ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid,” kata Al Ansari dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X.
“Tindakan ini adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Qatar, ruang udaranya, undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tegasnya.
Serangan Iran itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan udara Amerika Syarikat ke atas beberapa tapak nuklear Iran hujung minggu lalu.
Menurut Al Ansari, sistem pertahanan udara Qatar berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan, dan menambah bahawa pihak berkuasa telah menjalankan langkah berjaga-jaga dengan mengosongkan kawasan pangkalan lebih awal susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi anggota yang bertugas di fasiliti tersebut, termasuk tentera Qatar, pasukan bersekutu dan lain-lain anggota yang ditempatkan di situ.
Al Ansari turut mengesahkan bahawa, sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat kini berada di tahap kritikal dengan risiko konflik lebih besar di rantau Asia Barat jika tidak ditangani secara diplomatik dan berhati-hati oleh semua pihak terbabit. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Iran serang Qatar
#Qatar kecam Iran
#pencabulan kedaulatan
#Pangkalan Tentera Udara Al Udeid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami