awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar kutuk serangan senjata kimia di Idlib, Syria

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2017
09:18 MYT
Qatar kutuk serangan senjata kimia di Idlib, Syria
Laporan awal menganggarkan lebih 50 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 300 cedera dalam serangan terkini di Idlib, Syria yang menggunakan senjata kimia. Gambar fail
Qatar mengutuk serangan senjata kimia di Idlib, Syria pada Selasa yang menyebabkan ramai terbunuh termasuk kanak-kanak, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Qatar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, menuntut siasatan antarabangsa dilakukan dan langkah segera diambil bagi melindungi rakyat Syria.
Jumlah rasmi mangsa belum dapat disahkan tetapi laporan awal menganggarkan lebih 50 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 300 cedera dalam serangan terkini di Syria yang menggunakan senjata kimia.
Kenyataan juga mengulangi permintaan agar semua pihak bertanggungjawab dibawa kemuka pengadilan kerana melakukan jenayah dan jenayah perang yang tidak berperikemanusiaan.
Membiarkan pelaku tidak dihukum boleh memberikan kesan pada masa hadapan dan meningkatkan lagi keganasan dan jenayah di Syria, tambah kenyataan itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Idlib
#Qatar
#senjata kimia
#serangan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan