[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Qatar, Mesir, UAE antara negara sokong cadangan Trump akhiri perang Gaza

Agensi 29/09/2025 | 23:00 MYT
Menteri-menteri luar Qatar, Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Indonesia, Turkiye dan Pakistan “menyambut baik” cadangan Presiden Trump untuk menamatkan perang di Gaza. - Gambar fail AP
DOHA/RIYADH: Menteri-menteri luar Qatar, Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Indonesia, Turkiye dan Pakistan “menyambut baik” cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata, cadangan itu bukan sahaja berupaya menamatkan perang, malah membangunkan semula Gaza, mengelakkan pengusiran rakyat Palestin, memacu perdamaian menyeluruh serta memastikan Tebing Barat tidak akan diilhak.

“Menteri-menteri menyambut baik pengumuman Presiden Trump berhubung cadangannya untuk menamatkan perang, membangunkan semula Gaza, menghalang pengusiran rakyat Palestin dan menggerakkan perdamaian komprehensif, selain jaminannya bahawa beliau tidak akan membenarkan pengilhakan Tebing Barat,” menurut kenyataan itu.

Negara-negara berkenaan turut menegaskan kesediaan untuk “terlibat secara positif dan konstruktif” dengan Amerika Syarikat serta pihak lain demi memuktamadkan perjanjian dan memastikan ia dilaksanakan sepenuhnya. - Agensi



#Gencatan senjata Gaza #20 pelan damai Gaza #negara-negara Islam #ilhak #Donald Trump #Benjamin Netanyahu