DUNIA
Qatar nafi dakwaan White House Trump beri amaran sebelum serangan Israel
Asap tebal menjulang dari lokasi letupan berpunca daripada serangan Israel, di Doha, Qatar. - Foto AP
DOHA: Kerajaan Qatar menafikan dakwaan White House bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi amaran awal kepada Doha sebelum serangan Israel ke atas delegasi Hamas di ibu negara Qatar minggu ini.
Ringkasan AI
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, menyatakan bahawa kenyataan AS berhubung pemberitahuan awal adalah “tidak benar sama sekali”.
Menurut beliau, panggilan daripada pegawai AS hanya diterima ketika letupan akibat serangan udara Israel sudah pun berlaku di kawasan kediaman di Doha.
Kenyataan balas Qatar itu muncul selepas jurucakap White House, Karoline Leavitt, mendakwa bahawa Trump telah mengarahkan utusannya, Steve Witkoff, untuk memaklumkan kepada pihak Qatar mengenai serangan yang bakal berlaku.
Leavitt turut menyatakan bahawa Trump telah berbincang dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selepas serangan tersebut, namun tidak menyatakan sebarang tindakan susulan terhadap sekutu rapat AS itu.
Qatar mengutuk serangan tersebut sebagai “pengecut” dan menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan negara serta usaha damai yang sedang dijalankan.
Negara Teluk itu sebelum ini memainkan peranan penting sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas, termasuk perjanjian enam minggu yang dimeterai pada Januari 2025.
Serangan Israel ke atas kawasan kediaman di Doha telah mengorbankan lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar, menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Qatar.
Hamas mendakwa serangan itu menyasarkan pasukan rundingan mereka yang sedang membincangkan cadangan terbaru Trump untuk gencatan senjata.
Kumpulan itu turut menuduh pentadbiran AS bersubahat dalam serangan tersebut kerana terus menyokong tindakan ketenteraan Israel.
Pemerhati politik serantau menyatakan bahawa insiden ini boleh menjejaskan peranan Qatar sebagai perantara utama dan meningkatkan ketegangan diplomatik antara negara-negara Teluk dan Washington.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan Qatar menolak dakwaan White House bahawa Presiden Donald Trump memberi amaran sebelum serangan Israel, dan menyatakan panggilan hanya diterima selepas letupan berlaku.
- Qatar mengutuk serangan Israel ke atas delegasi Hamas di Doha sebagai tindakan pengecut dan pelanggaran terhadap usaha damai serta kedaulatan negara.
- Insiden ini dijangka menjejaskan peranan Qatar sebagai perantara rundingan dan meningkatkan ketegangan antara negara Teluk dan Washington.