awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Bangkai pesawat diserah kepada jawatankuasa keselamatan hari ini

Agensi
Agensi
02/03/2015
03:50 MYT
QZ8501: Bangkai pesawat diserah kepada jawatankuasa keselamatan hari ini
Badan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata akan diserahkan kepada Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) di Pelabuhan Tanjung Priuk, Jakarta hari ini. -Gambar fail
Badan pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di perairan Selat Karimata pada 28 Disember tahun lalu, akan diserahkan kepada Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) di Pelabuhan Tanjung Priuk, Jakarta hari ini.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Badan SAR Nasional Dianta Bangun, bangkai badan serta sayap utama pesawat yang rosak teruk itu kini berada di Pelabuhan Tanjung Priuk, lapor antaranews.com.
Pegawai Badan SAR Nasional berjaya mengangkat fiuslaj pesawat malang itu dari Selat Karimata pada 27 Februari menggunakan kapal Crest Onyx dan kemudian membawanya ke Jakarta.
Ketika operasi pencarian, pasukan SAR berdepan kesukaran mencari serpihan pesawat AirAsia QZ8501 susulan penemuan beberapa bangkai kapal yang tenggelam semasa Perang Dunia II di lokasi sama, lapor portal berita Indonesia itu.
Badan SAR Nasional secara rasmi menghentikan operasi pencarian juga evakuasi pesawat dan mangsa nahas itu pada 28 Februari.
Sehingga kini, jumlah korban nahas pesawat AirAsia QZ8501 mencapai 103 orang dan 97 di antaranya sudah dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#fiuslaj
#Jakarta
#KNKT
#pelabuhan tanjung priuk
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan