awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Mayat penumpang tunggal Malaysia ditemui

Bernama
Bernama
09/02/2015
14:51 MYT
QZ8501: Mayat penumpang tunggal Malaysia ditemui
Mayat Sii Chung Huei, rakyat Malaysia tunggal yang terbabit dalam insiden AirAsia ditemui beberapa hari lepas. - Bernama pic
Mayat Sii Chung Huei, rakyat Malaysia tunggal yang terbabit dalam insiden AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang terhempas pada 28 Dis tahun lepas, telahpun ditemui dan dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata mayat Sii ditemui beberapa hari lepas namun hanya disahkan hari ini setelah pihak berkuasa menjalankan ujian DNA pagi tadi di Hospital Bhayangkara, Surabaya.
"Pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan dan menyerahkan jasad Sii kepada warisnya di Surabaya esok sebelum menguruskan penerbangan ihsan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia untuk membawa mayat itu ke Sarawak pada Rabu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zahrain berkata beliau sendiri akan menemui waris Sii yang telah lama menunggu dan berada di Surabaya dan seorang pegawai kedutaan akan dihantar untuk mengiringi jasad Sii sehingga ke Sarawak.
Sii, 56, ahli perniagaan berasal dari Kuching dan berpangkalan di Jakarta, berada di dalam pesawat malang yang terhempas sejurus berlepas dari Surabaya ke Singapura pada pagi 28 Dis lepas.
Pesawat itu membawa 162 orang dan setakat ini sebanyak 100 mayat ditemui dan pihak berkuasa juga telah menemui kotak hitam pesawat itu dua minggu lepas.
Operasi mencari mayat masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#DNA
#QZ8501
#Sii Chung Huei
#Zahrain Mohamed Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan