DUNIA
Racun kimia punca kematian keluarga Jerman di Istanbul - Laporan forensik
Tiada bukti akibat keracunan makanan, punca awal yang disyaki selepas keluarga itu jatuh sakit semasa bercuti di Istanbul pada pertengahan November. - Reuters
ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye pada Khamis mengesahkan racun kimia menjadi punca kematian keluarga warga Jerman awal bulan ini di Istanbul, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pendakwa raya berkata, laporan forensik mendapati punca kematian empat sekeluarga itu adalah akibat racun serangga yang digunakan untuk kawalan serangga perosak di hotel yang dihuni keluarga itu.
Tiada bukti keracunan makanan, punca awal yang disyaki selepas keluarga itu, yang berketurunan Turkiye, jatuh sakit semasa bercuti di Istanbul pada pertengahan November.
Enam orang yang ditangkap semasa siasatan, termasuk pemilik hotel dan pemilik syarikat kawalan serangga perosak, masih dalam tahanan.
Empat suspek dibebaskan. Pihak berkuasa sebelum ini menahan penjaja makanan jalanan yang menghidangkan makanan kepada keluarga itu.
Pejabat pendakwa raya awam Istanbul bagaimanapun tidak mendedahkan racun yang meragut nyawa keluarga dari Hamburg itu.
Anadolu Ajansi melaporkan pada Rabu bahawa gas toksik fosfina dikesan di hotel berkenaan.
Aluminium fosfida kerap digunakan dalam kawalan perosak. Apabila ia bersentuhan dengan air dan kelembapan di udara mencukupi akan menghasilkan - gas toksik fosfina.
Gas itu merosakkan sel badan mamalia dan dalam kepekatan yang lebih besar, mengganggu aliran oksigen dalam darah.
Pada manusia, fosfina boleh menyebabkan gejala seperti batuk kering, muntah, disfungsi hati dan buah pinggang dan boleh mengancam nyawa jika disedut.
-- BERNAMA