DUNIA
Raffi Ahmad kongsi detik cemas, helikopter hampir terhempas di Bali
Raffi Ahmad mengalami detik cemas apabila helikopter yang dinaikinya hampir terhempas di Bali, Indonesia. -Foto Instagram Kompas
SELEBRITI terkenal Indonesia, Raffi Ahmad, berdepan detik cemas apabila helikopter dinaikinya hampir terhempas di Bali, Indonesia, Khamis lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Raffi, atau nama sebenarnya Raffi Faridz Ahmad, 38, menzahirkan rasa syukur apabila beliau dan semua penumpang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Allah masih memberikan kami keselamatan. Dalam apa jua keadaan tetap tenang,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi Instagram Kompas pada hari kejadian.
Penduduk tempatan yang berada di lokasi kejadian turut panik apabila melihat helikopter berkenaan dalam keadaan tidak stabil di ruang udara sekitar kawasan sawah padi dan kediaman mereka.
Raffi, dalam pada itu, turut merakamkan penghargaan kepada juruterbang helikopter berkenaan yang berjaya mengemudi pesawat dengan selamat dan mendarat di Lapangan Terbang Ngurai Rai meskipun berdepan keadaan cuaca buruk susulan kabus tebal.
“Terima kasih Pak Pilot yang terus berusaha keluar dari kabus yang tebal dan dapat membawa kami pulang,” katanya lagi.
Menurut laporan Detik.com, Raffi menaiki helikopter itu untuk meninjau persiapan pembangunan projek perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM) di Bali Utara.
Sebelum penerbangan dijalankan, Raffi dilapor telah berhubung dengan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) untuk bertanyakan tentang keadaan cuaca.
Bagaimanapun, kekangan jadual selebriti itu menyebabkan penerbangan tetap diteruskan meskipun cuaca dilapor kurang memberangsangkan.
Laporan itu turut menyatakan keadaan cuaca pada sebelah pagi masih terkawal walaupun sedikit berawan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Raffi Ahmad mengalami detik cemas apabila helikopter yang dinaikinya hampir terhempas di Bali, Indonesia.
- Penduduk tempatan turut panik melihat helikopter dalam keadaan tidak stabil di kawasan sawah padi dan kediaman.
- Raffi bersyukur kerana selamat tanpa kecederaan dan menghargai usaha juruterbang yang berjaya mendarat dengan selamat meskipun cuaca buruk.
Raffi, atau nama sebenarnya Raffi Faridz Ahmad, 38, menzahirkan rasa syukur apabila beliau dan semua penumpang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Allah masih memberikan kami keselamatan. Dalam apa jua keadaan tetap tenang,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi Instagram Kompas pada hari kejadian.
Penduduk tempatan yang berada di lokasi kejadian turut panik apabila melihat helikopter berkenaan dalam keadaan tidak stabil di ruang udara sekitar kawasan sawah padi dan kediaman mereka.
Raffi, dalam pada itu, turut merakamkan penghargaan kepada juruterbang helikopter berkenaan yang berjaya mengemudi pesawat dengan selamat dan mendarat di Lapangan Terbang Ngurai Rai meskipun berdepan keadaan cuaca buruk susulan kabus tebal.
“Terima kasih Pak Pilot yang terus berusaha keluar dari kabus yang tebal dan dapat membawa kami pulang,” katanya lagi.
Menurut laporan Detik.com, Raffi menaiki helikopter itu untuk meninjau persiapan pembangunan projek perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM) di Bali Utara.
Sebelum penerbangan dijalankan, Raffi dilapor telah berhubung dengan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) untuk bertanyakan tentang keadaan cuaca.
Bagaimanapun, kekangan jadual selebriti itu menyebabkan penerbangan tetap diteruskan meskipun cuaca dilapor kurang memberangsangkan.
Laporan itu turut menyatakan keadaan cuaca pada sebelah pagi masih terkawal walaupun sedikit berawan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang berlaku kepada Raffi Ahmad di Bali baru-baru ini?
A: Raffi Ahmad hampir terhempas dalam helikopter yang dinaikinya di Bali, tetapi berjaya mendarat dengan selamat tanpa kecederaan. - Q: Mengapakah penduduk tempatan turut panik ketika kejadian berlaku?
A: Penduduk tempatan panik kerana helikopter berkenaan dalam keadaan tidak stabil di kawasan mereka. - Q: Apa penyebab Raffi Ahmad menaiki helikopter tersebut?
A: Raffi menaiki helikopter untuk meninjau persiapan projek perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM) di Bali Utara.