DUNIA

Raja Charles akan terima kunjungan Trump pada September - Istana

Bernama 14/07/2025 | 05:50 MYT
Pertemuan rasmi dijadual berlangsung di Istana Windsor, dengan butiran lanjut akan diumumkan oleh Istana Buckingham.
MANCHESTER (England): Raja Britain Raja Charles III berkenan menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada September ini untuk lawatan negara kali kedua yang belum pernah berlaku sebelum ini ke Britain, menurut Istana Buckingham pada Isnin.


Ringkasan AI
  • Raja Charles III akan menerima kunjungan Presiden AS Donald Trump untuk lawatan negara kali kedua ke Britain dari 17 hingga 19 September.
  • Pertemuan rasmi dijadual berlangsung di Istana Windsor, dengan butiran lanjut akan diumumkan oleh Istana Buckingham.
  • Lawatan ini susulan surat tulisan tangan daripada Raja Charles yang disampaikan oleh Perdana Menteri Britain Keir Starmer kepada Trump.


Lawatan itu dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 September.

"Raja Charles akan menerima menghadap Presiden Trump dan isterinya di Istana Windsor," menurut istana dalam satu kenyataan, sambil memaklumkan bahawa butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Trump sebelum ini berkata beliau bersetuju untuk bertemu Raja Charles selepas Perdana Menteri Britain Keir Starmer menyerahkan sepucuk surat tulisan tangan daripada Raja Charles di Pejabat Oval.

-- REUTERS





#Britain #AS #Raja Charles III #Donald Trump