awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles dirawat di hospital akibat kesan sampingan rawatan kanser

Bernama
Bernama
28/03/2025
08:00 MYT
Raja Charles dirawat di hospital akibat kesan sampingan rawatan kanser
Raja Charles membatalkan lawatan kerjanya ke Birmingham pada Jumaat untuk mengutamakan pemulihan dan kini telah kembali ke Clarence House. - Gambar fail/ Reuters
LONDON: Raja Britain, Raja Charles III "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" selepas mengalami kesan sampingan daripada rawatan kansernya, menurut kenyataan Istana Buckingham pada petang Khamis.
Raja Charles membatalkan lawatan kerjanya ke Birmingham pada Jumaat untuk mengutamakan pemulihan dan kini telah kembali ke Clarence House, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sumber menggambarkan keadaan itu sebagai "halangan kecil dalam pemulihan yang semakin baik."
Istana Buckingham menyatakan dalam kenyataannya: "Berikutan rawatan perubatan berkala dan berterusan untuk kanser pagi ini, Raja Charles mengalami kesan sampingan sementara yang memerlukan pemerhatian singkat di hospital.
"Justeru, urusan rasmi baginda pada petang ini ditangguhkan.
"Baginda kini telah kembali ke Clarence House, dan sebagai langkah berjaga-jaga atas nasihat perubatan, jadual program esok juga akan disusun semula.
"Baginda ingin memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin terjejas atau kecewa atas perubahan ini."
Raja Charles didiagnos menghidap sejenis kanser pada Februari 2024 dan kembali menjalankan tugas awam pada April meskipun masih menerima rawatan mingguan.
Baginda mempunyai jadual sibuk minggu ini, termasuk menghadiri resepsi media, melawat pameran tanah, dan dijadualkan melakukan lawatan kenegaraan bersejarah ke Itali dalam tempoh 10 hari lagi.
Raja Charles sepatutnya bertemu dengan duta-duta besar di Istana Buckingham pada petang Khamis, tetapi pertemuan itu ditangguhkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#raja Britain
#Raja Charles III
#kanser
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan