Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat

Bernama
Januari 18, 2024 06:07 MYT
Masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu dikatakan 'tidak berbahaya'. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Raja Britain Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.
"Seperti ribuan lelaki setiap tahun, Raja Charles III telah mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar," menurut kenyataan Istana Buckingham pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut kenyataan itu masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu adalah 'tidak berbahaya'.
"Janji temu Raja akan ditangguhkan untuk tempoh singkat pemulihan," menurut kenyataan itu.
Raja Charles III menaiki takhta pada 8 Sept 2022, berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II.
-- BERNAMA
#Raja Charles III #jalani pembedahan #masalah pembesaran prostat #Istana Buckingham #raja Britain