DUNIA
Raja Charles III sambut ketibaan kapal selam nuklear terbaharu armada UK

Raja Charles III menghadiri Majlis Pentauliahan HMS Agamemnon, kapal selam berkuasa nuklear kelas Astute. - Foto AP
LONDON: Raja Charles III berkenan berangkat menyambut secara rasmi ketibaan kapal selam berkuasa nuklear terbaharu dalam armada Tentera Laut Diraja Britain, pada Isnin lapor PA Media/dpa.
Baginda melawat limbungan kapal BAE Systems di Barrow-in-Furness, Cumbria, untuk membacakan Waran Pentauliahan pada istiadat yang menandakan HMS Agamemnon memasuki perkhidmatan operasi.
Kapal selam seberat 7,400 tan dan sepanjang 97 meter itu atau sepanjang empat buah bas - digelar "Awesome Aggie" sempena nama panglima tentera Yunani dalam Perang Trojan..
Agamemnon akan bertugas melindungi unsur pencegahan nuklear strategik United Kingdom, kumpulan kapal pengangkut pesawat serta infrastruktur bawah laut penting.Ia juga berupaya menyerang sasaran darat sejauh 1,609 kilomter, berfungsi sebagai pangkalan serangan bagi Komando Marin Diraja, serta mengumpul maklumat risikan melalui sensor berteknologi tinggi.
Beberapa ujian tambahan akan dijalankan sebelum kapal itu berlepas untuk percubaan laut sebelum menjalankan tugas dengan sepenuhnya.
HMS Agamemnon merupakan kapal selam keenam daripada armada tujuh kelas Astute yang dibina untuk Tentera Laut Diraja.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami