awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa

Agensi
Agensi
24/02/2024
01:45 MYT
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Raja Charles membaca kad dan ucapan yang dihantar rakyat susulan disahkan menghidap kanser sambil berada di Kamar 18th Century, Belgian Suite, Istana Buckingham, London, Britain, 21 Feb 2024. - REUTERS
RAJA Britain, Raja Charles III menerima ribuan kad ucapan yang dihantar oleh rakyat sejak baginda dilaporkan menghidap kanser awal bulan ini.
Pada Jumaat (23 Feb), Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan yang diterimanya.
Dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Rishi Sunak awal minggu ini, Charles memberitahu baginda mengalirkan air mata menerima doa dan ucapan daripada rakyat.
Antara lebih 7,000 surat dan kad yang dihantar kepada baginda, ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri berdepan dengan penyakit itu.
Pada masa sama, ramai yang menitipkan doa dan ucapan untuk kesembuhan segera baginda.
Walaupun Charles masih melaksanakan urusan rasmi negara seperti biasa, baginda mengambil keputusan untuk menangguhkan tugas awamnya semasa menjalani rawatan.
Pada 5 Feb lalu, Istana Buckingham mengumumkan Charles, 75 tahun, disahkan menghidap kanser, 18 bulan selepas menaiki takhta.
Charles ditabalkan sebagai raja pada 6 Mei 2023 susulan kemangkatan Ratu Elizabeth pada 8 Sept 2022.
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#kanser
#Istana Buckingham
#Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan