DUNIA
Raja Charles zahir ucapan takziah banjir di Asia Selatan, Asia Tenggara
Raja Charles menegaskan bahawa siri bencana ini mengingatkan dunia tentang keperluan mendesak untuk memulihkan keseimbangan dan keharmonian alam. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban susulan bencana ribut yang melanda Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Ringkasan AI
Dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja UK, baginda bertitah bahawa baginda dan Permaisuri Camilla prihatin terhadap semua yang terjejas, sambil memohon agar setiap komuniti yang ditimpa musibah di India, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Vietnam dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
"Doa dan ingatan kami bersama mereka yang kehilangan tempat tinggal serta semua yang sedang menanti khabar mengenai orang tersayang yang masih belum ditemukan.
"Kami hanya dapat membayangkan besarnya kemusnahan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang kehidupannya terjejas," titah baginda pada Isnin.
Baginda turut menegaskan bahawa siri bencana ini mengingatkan dunia tentang keperluan mendesak untuk memulihkan keseimbangan dan keharmonian alam.
Dalam perutusan sama, Raja Charles turut berkenan merakamkan penghargaan kepada anggota penyelamat serta semua yang menyalurkan bantuan di lapangan.
"Ketika usaha pemulihan sedang diteruskan, kami menzahirkan penghormatan khusus kepada para penyelamat yang menunjukkan keberanian luar biasa, serta mereka yang menghulurkan bantuan penting dalam keadaan penuh kesukaran ini," titah baginda.
Menurut laporan media antarabangsa, lebih 1,000 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa bencana ribut di Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Thailand, dan Vietnam.
- Istana Diraja UK menyatakan keprihatinan mereka terhadap individu yang terjejas serta memohon ketabahan bagi komuniti yang terjejas.
- Raja Charles menegaskan keperluan untuk memulihkan keseimbangan alam dan menghormati para penyelamat serta penderma bantuan dalam siri bencana yang telah meragut lebih 1,000 nyawa di beberapa negara.