Skip to main content

Dunia

Raja Norway kembali gering, keadaan "sangat serius" - Istana

haraldV
Raja Harald V menerima rawatan kortison bagi gangguan darah anemia hemolitik yang menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. - Gambar fail/AP
Advertisement

STOCKHOLM: Raja Norway Raja Harald V kembali gering dan keadaan baginda kini "sangat serius", menurut Istana Diraja Norway pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Susulan perkembangan itu, Putera Mahkota Haakon dan Permaisuri Sonja membatalkan semua program mereka pada Khamis.

Raja Harald V, 89, dimasukkan ke hospital minggu lepas.

Baginda menerima rawatan kortison bagi gangguan darah anemia hemolitik yang menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Baginda kemudiannya mengalami jangkitan bakteria pada aliran darah.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa baginda menunjukkan tindak balas positif terhadap rawatan antibiotik.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement