DUNIA
Raja Salman dibenar keluar hospital selepas jalani ujian perubatan
Baginda kini berehat seperti biasa dan akan meneruskan urusan rasmi secara berperingkat. - Foto fail/REUTERS
RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat selepas menjalani beberapa ujian perubatan rutin, menurut kenyataan rasmi kerajaan.
Istana Diraja memaklumkan bahawa Raja Salman, 90, berada dalam keadaan stabil dan kesihatannya baik selepas pemeriksaan tersebut selesai dijalankan.
Baginda kini berehat seperti biasa dan akan meneruskan urusan rasmi secara berperingkat.
Kenyataan itu tidak memperincikan jenis ujian yang dilakukan, namun menegaskan bahawa pemeriksaan berkenaan adalah sebahagian daripada pemantauan kesihatan berkala yang dijalani oleh baginda.
Raja Salman sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, namun pihak berkuasa menekankan bahawa langkah tersebut adalah bersifat pencegahan dan tidak menjejaskan pentadbiran negara.
Baginda menaiki takhta pada tahun 2015 dan kekal sebagai tokoh penting dalam kepimpinan Arab Saudi, dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman memainkan peranan utama dalam menguruskan hal ehwal kerajaan harian.