awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri

Bernama
Bernama
11/06/2019
10:17 MYT
Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri
Prayut Chan-O-Cha bercakap selepas dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand di Bangkok, Thailand, 11 Jun, 2019. REUTERS
Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi telah melantik Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri Thailand, lapor agensi berita China Xinhua.
Warta Diraja pada Selasa telah mengumumkan pelantikan Prayut sebagai perdana menteri selepas beliau diundi bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan itu dalam satu mesyuarat bersama dewan perwakilan dan senat minggu lepas.
Sejumlah 500 anggota parlimen dan senator mengundi Prayut sebagai perdana menteri berbanding 244 undi yang diperoleh pemimpin Parti Future Forward Thanathorn Juangroongruangkit.
Prayut mengekalkan kuasanya dengan sokongan padu daripada 19 parti sekutu yang diketuai Parti Palang Pracharath susulan pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.
Beliau belum membentuk kabinet dengan maksimum 36 menteri, termasuk dirinya sendiri.
Selepas pelantikan diraja itu diumumkan, Prayut mengeluarkan satu kenyataan untuk memberi jaminan bahawa beliau akan mendengar suara rakyat semasa menjalankan tugasnya dalam membasmi rasuah, mengurangkan ketaksamaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama mereka dalam sektor pertanian dan komersial.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada monarki Thailand kerana melantiknya sebagai perdana menteri dan semua senator serta anggota parlimen kerana memberi beliau peluang untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat serta membawa pembangunan sejahtera dan lestari dalam semua aspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Future Forward
#kabinet
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#Prayut Chan-O-Cha
#Raja Maha Vajiralongkorn
#Rasuah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan