Rajapaksa dipilih sebagai Presiden baharu Sri Lanka

Agensi
November 17, 2019 07:37 MYT
Gotabaya Rajapaksa dipilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu. - Foto Reuters
Bekas Setiausaha Pertahanan Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dipilih sebagai Presiden negara Asia Selatan itu.
Beliau berjaya mengenepikan 34 calon lain yang turut bersaing untuk mengisi jawatan yang dikosongkan Maithripala Sirisena pada awal tahun ini.
Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau mengucapkan terima kasih atas mandat yang diberi rakyat menerusi Pilihan Raya Presiden kali ini.
"Seperti yang kita lalui dalam perjalanan baru untuk Sri Lanka, kita harus ingat ahawa semua rakyat Sri Lanka adalah sebahagian daripada perjalanan ini.
"Marilah kita bergembira dengan penuh damai serta menjaga maruah dan disiplin seperti mana proses kempen yang berlangsung sebelum ini," katanya pada Ahad.

As we usher in a new journey for Sri Lanka, we must remember that all Sri Lankans are part of this journey. Let us rejoice peacefully, with dignity and discipline in the same manner in which we campaigned. pic.twitter.com/tXqLrdH3Qv

— Gotabaya Rajapaksa (@GotabayaR) November 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you to everyone who committed themselves towards a peaceful election! pic.twitter.com/XAdJ2hSy58

— Gotabaya Rajapaksa (@GotabayaR) November 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rajapaksa merupakan pesara tentera berpangkat Leftenan Kolonel berjaya meraih 54 peratus undi daripada hampir enam juta undi yang telah dikira.
Beliau yang berusia 70 tahun menewaskan pesaing rapatnya, Sajith Premadasa yang meraih 45.5 peratus undi.
Rata-rata penyokong Rajapaksa terdiri daripada golongan minoriti dari kawasan miskin serta kumpulan minoriti tamil.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Mahinda Deshapriya memaklumpak sekurang-kurangnya 80 peratus dripada hampir 16 juta rakyat Sri Lanka layak mengundi pada Sabtu.
Pilihan Raya Presiden ini merupakan yang ketiga sejak tamatnya perang saudara pada 2009.
#pilihan raya presiden #Presiden Sri Lanka #Rajapaksa #Sri Lanka