Rakan karib Presiden Brazil ditahan

Agensi
Julai 4, 2017 06:10 MYT
Geddel Vieira Lima dituduh menggunakan salah sebuah bank utama Brazil untuk bagi urusan tawaran haram. - Foto REUTERS/Ueslei Marcelino
Bekas menteri hal ehwal perundangan Brazil yang juga sekutu rapat Presiden Michel Temer ditahan pihak berkuasa negara itu.
Geddel Vieira Lima dituduh menggunakan salah sebuah bank utama Brazil untuk bagi urusan tawaran haram.
Lima ditahan di kediamannya di Bahia.
Dia dituduh menerima sogokan daripada beberapa syarikat yang dalam proses rundingan pinjaman dari Bank Caixa Economica berkenaan.
Lima turut dituduh memberi sejumlah wang kepada dua individu yang bersubahat dengannya.
Mereka ialah bekas speaker Eduardo Cunha dan Lucio Funaro, broker yang terlibat dalam kempen mencari dana bagi parti pergerakan demokraik pimpinan Temer.
Lima berkhidmat sebagai naib presiden bank berkenaan antara 2011 dan 2013.
Sepanjang tempoh itu dia dipercayai menyalurkan dana menerusi bank berkenaan kepada ahli politik.
#Brasilia #Brazil #Geddel Vieira Lima #Michel Temer #Presiden Brazil #rakan karib presiden