DUNIA
Rakyat Bolivia keluar mengundi, era 20 tahun pemerintahan kiri dijangka berakhir
Seorang lelaki membuang undi di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya umum bagi memilih Presiden dan anggota Kongres, di Santa Cruz, Bolivia, pada Ahad. - Gambar Reuters
LA PAZ: Rakyat Bolivia keluar mengundi pada Ahad bagi memilih Presiden baharu serta anggota Kongres dengan pemerintahan blok sosialis yang mendominasi hampir dua dekad dijangka berakhir ekoran krisis ekonomi mendalam serta perpecahan dalam gabungan kiri.
Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi (waktu tempatan) dan ditutup pada jam 4 petang, dengan keputusan awal dijangka diumumkan seawal 9 malam.
Keputusan rasmi pula akan diketahui dalam tempoh tujuh hari, manakala sekiranya tiada calon memperoleh majoriti mutlak, pusingan kedua bakal berlangsung pada 19 Oktober.
Pilihan raya kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali sejak hampir 20 tahun, parti pemerintah Movement for Socialism (MAS) dijangka tumbang.
Menurut tinjauan terkini Ipsos MORI, calon-calon berhaluan kiri ketinggalan kira-kira 10 peratus di belakang blok pembangkang kanan.
Daripada lapan calon yang bertanding, dua nama mendominasi persaingan iaitu bekas Presiden interim, Jorge “Tuto” Quiroga, 65, serta tokoh korporat Samuel Doria Medina, 66, yang juga bekas Menteri Perancangan.
Kedua-duanya dilihat bersaing sengit berdasarkan sokongan semasa.
Kali ini, Presiden sosialis sedia ada, Luis Arce, tidak bertanding selepas berselisih dengan bekas pemimpin berpengaruh, Evo Morales.
Morales sendiri disekat daripada menyertai pilihan raya, malah kini berlindung di kawasan kubu kuatnya di Chapare sambil menyeru penyokongnya untuk mengundi rosak.
Bolivia kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam satu generasi dengan inflasi hampir 25 peratus serta kekurangan bekalan dolar dan bahan api.
Dua calon utama menjanjikan perubahan ketara terhadap model ekonomi negara yang selama ini bergantung kepada penguasaan besar kerajaan.
Medina, seorang jutawan yang mengumpul kekayaan melalui industri simen dan francais makanan segera, berjanji mengembalikan kestabilan kewangan dan bekalan bahan api dalam masa 100 hari tanpa mengorbankan program antipoverty.
Sementara itu, Quiroga, yang pernah dilatih sebagai jurutera di Amerika Syarikat, tampil lantang berjanji untuk melakukan rombakan menyeluruh selepas apa yang disifatkannya sebagai “20 tahun yang hilang.”
Sepanjang era Morales dari 2006 hingga 2019, Bolivia menikmati pertumbuhan pesat hasil nasionalisasi sektor gas, sekali gus membantu mengurangkan kemiskinan tegar hampir separuh.
Namun, kejatuhan hasil gas yang merudum daripada AS$6.1 bilion pada 2013 kepada hanya AS$1.6 bilion tahun lalu, ditambah pula dengan sumber litium yang masih belum dieksploitasi, telah menjerumuskan negara Andean itu ke ambang kehabisan mata wang asing untuk mengimport bahan asas.
Keadaan itu mencetuskan protes berulang kali apabila rakyat terpaksa beratur berjam-jam lamanya untuk mendapatkan petrol, roti dan makanan asas lain. - Agensi