DUNIA
Rakyat Costa Rica mengundi pilih presiden baharu
Pengundian berlangsung di Costa Rica untuk memilih ketua negara baharu, dengan calon konservatif Laura Fernandez dari Parti Rakyat Berdaulat dianggap sebagai pilihan utama. -Gambar fail/Reuters
MEXICO CITY: Pengundi di Costa Rica keluar mengundi pada Ahad untuk memilih ketua negara baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Laura Fernandez, calon konservatif daripada Parti Rakyat Berdaulat yang memerintah, dianggap sebagai pilihan utama daripada 20 calon yang bertanding.
Sekiranya tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 40 peratus undi, pilihan raya kedua dijadualkan pada 5 April di negara Amerika Tengah itu.
Fernandez, 39, jelas mendahului dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya Ahad, dengan memperoleh sekitar 40 peratus undi.
Memandangkan peningkatan jenayah, bekas ketua kakitangan presiden itu berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan jenayah.
Menduduki tempat kedua dalam tinjauan pendapat ialah ahli ekonomi Alvaro Ramos daripada Parti Pembebasan Nasional yang berhaluan sosial demokratik dengan sokongan kurang daripada 10 peratus.
Presiden Rodrigo Chaves tidak dibenarkan bertanding semula selepas tempoh empat tahun, selaras dengan perlembagaan. Seiring dengan pilihan raya presiden, pengundian untuk parlimen baharu juga akan diadakan. Sekitar 3.7 juta rakyat layak mengundi.
Pusat mengundi dibuka pada 6 pagi (1200 GMT) dan ditutup pada 6 petang (0000 GMT). Keputusan awal dijangka diketahui pada malam Ahad atau awal pagi Isnin.
Presiden baharu akan memegang jawatan mulai 8 Mei.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pengundian berlangsung di Costa Rica untuk memilih ketua negara baharu, dengan calon konservatif Laura Fernandez dari Parti Rakyat Berdaulat dianggap sebagai pilihan utama.
- Jika tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 40 peratus undi, pilihan raya kedua dijadualkan pada 5 April, sementara Fernandez mendahului dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya.
- Peningkatan jenayah menjadi isu utama, dengan Fernandez berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan jenayah sekiranya terpilih sebagai presiden, manakala pengundian untuk parlimen juga akan diadakan serentak.
Laura Fernandez, calon konservatif daripada Parti Rakyat Berdaulat yang memerintah, dianggap sebagai pilihan utama daripada 20 calon yang bertanding.
Sekiranya tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 40 peratus undi, pilihan raya kedua dijadualkan pada 5 April di negara Amerika Tengah itu.
Fernandez, 39, jelas mendahului dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya Ahad, dengan memperoleh sekitar 40 peratus undi.
Memandangkan peningkatan jenayah, bekas ketua kakitangan presiden itu berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan jenayah.
Menduduki tempat kedua dalam tinjauan pendapat ialah ahli ekonomi Alvaro Ramos daripada Parti Pembebasan Nasional yang berhaluan sosial demokratik dengan sokongan kurang daripada 10 peratus.
Presiden Rodrigo Chaves tidak dibenarkan bertanding semula selepas tempoh empat tahun, selaras dengan perlembagaan. Seiring dengan pilihan raya presiden, pengundian untuk parlimen baharu juga akan diadakan. Sekitar 3.7 juta rakyat layak mengundi.
Pusat mengundi dibuka pada 6 pagi (1200 GMT) dan ditutup pada 6 petang (0000 GMT). Keputusan awal dijangka diketahui pada malam Ahad atau awal pagi Isnin.
Presiden baharu akan memegang jawatan mulai 8 Mei.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah calon konservatif yang dianggap sebagai pilihan utama dalam pilihan raya presiden Costa Rica?
A: Laura Fernandez daripada Parti Rakyat Berdaulat. - Q: Apakah tindakan yang dijanjikan oleh Laura Fernandez jika terpilih sebagai presiden berhubung peningkatan jenayah?
A: Beliau berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan jenayah. - Q: Bilakah pilihan raya kedua dijadualkan di Costa Rica sekiranya tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 40 peratus undi?
A: Pilihan raya kedua dijadualkan pada 5 April.