Rakyat di Gaza kehilangan segalanya - UNRWA

Astro Awani
Disember 27, 2023 23:20 MYT
Apa yang diperlukan rakyat di Gaza ketika ini ialah makanan dan air, serta perlindungan daripada pengeboman dan serbuan Israel. - Foto REUTERS
PENGARAH Komunikasi Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Juliette Touma berkata, keperluan rakyat di Gaza ketika ini adalah sangat ‘besar.’
"Orang ramai kehilangan segala-galanya dan mereka memerlukan segala-galanya," katanya.
Keperluan yang dimaksudkan Touma itu termasuk asas seperti makanan dan air, serta perlindungan daripada pengeboman dan serbuan Israel.
Desakan keperluan masyarakat Gaza tambah berganda berikutan musim sejuk yang bermaksud lebih banyak pakaian dan selimut diperlukan, tambah Touma.

"The needs on the ground are huge. People lost everything and they need everything."@JulietteTouma tells @asmamk @NPR that people in#GazaStrip urgently need food, water, protection & safety With the rainy season, now also warm clothes & blankets https://t.co/OlRPc4STnU

— UNRWA (@UNRWA) December 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perang Palestin-Israel #rakyat Gaza #UNRWA #israel serang gaza