awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat AS ditawar akaun premium aplikasi cari jodoh jika daftar vaksin COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2021
22:56 MYT
Rakyat AS ditawar akaun premium aplikasi cari jodoh jika daftar vaksin COVID-19
Inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan usaha program vaksinasi negara itu.
WASHINGTON: White House mengambil pendekatan baharu bagi meningkatkan program vaksinasi di negara itu.
Ia termasuk menggunakan aplikasi cari jodoh dengan meletakkan lencana lengkap divaksin menerusi aplikasi masing-masing.
Perkara itu akan diusahakan pentadbiran Presiden Joe Biden dengan syarikat pengendali aplikasi tersebut untuk menguar-uarkan kebaikan disuntik.
Aplikasi seperti Tinder, Match dan Bumble antara aplikasi yang menyokong inisiatif ini dengan menyediakan lencana vaksinasi dan akses percuma kepada akaun premium.
Menurut Penasihat COVID-19 di White House, Andy Slavitt, inisiatif ini disifatkan sebagai tarikan baharu untuk menarik lebih ramai divaksinasi.
"Aplikasi cari jodoh ini akan membolehkan mereka yang telah divaksin untuk memaparkan lencana lengkap vaksinasi terutamanya menerusi akaun mereka untuk orang lain melihat mereka telah divaksin dan menawarkan perkhidmatan akaun premium.
"Ini termasuk tawaran seperti 'boosts' dan 'super swipes'.
"Aplikasi ini juga akan membantu orang ramai mencari lokasi untuk divaksin," katanya.
Inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan usaha program vaksinasi negara itu selaras dengan sasaran Biden yang mahu sekurang-kurangnya 70 peratus rakyatnya divaksin menjelang 4 Julai nanti.
Ketika ini kadar peratusan vaksinasi di Amerika Syarikat adalah 60.5 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#lencana
#aplikasi
#Amerika Syarikat
#cari jodoh
#akaun premium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan