awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Filipina dihimpit kemiskinan akibat pandemik

Bernama
Bernama
16/08/2022
07:16 MYT
Rakyat Filipina dihimpit kemiskinan akibat pandemik
Kira-kira 2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan antara 2018 dan 2021, menurut Penguasa Statistik Filipina (PSA). - Gambar fail SINAR HARIAN
HANOI: Kira-kira 2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan antara 2018 dan 2021, menurut Penguasa Statistik Filipina (PSA).
Bilangan penduduk yang hidup dalam kemiskinan pada 2021 meningkat kepada hampir 20 juta atau 18.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara berbanding 16.7 peratus pada 2018, dan melangkaui sasaran kerajaan sebanyak 15.5-17.5 peratus, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik laporan itu.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Setiausaha Perancang Ekonomi, Arsenio Balisacan bersedia untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 9 peratus menjelang 2028 - sasaran yang diyakini boleh dicapai meskipun inflasi meningkat.
Balisacan berkata, strategi kerajaan akan memberi tumpuan kepada membuka semula ekonomi sepenuhnya, melabur dalam sumber manusia dan perlindungan sosial dan mengubah sektor pengeluaran untuk menjana lebih banyak pekerjaan yang berkualiti serta produk berdaya saing.
Filipina boleh mengurangkan insiden kemiskinan sebanyak lima peratus pada pertengahan penggal dan empat peratus lagi menjelang 2028, tegas beliau.
Menurut Balisacan, negara Asia Tenggara itu telah mencapai matlamatnya untuk mengeluarkan enam juta orang daripada kemiskinan, empat tahun lebih awal daripada sasaran 2022.
Bagaimanapun, sekatan COVID-19 pada 2020 dan kekurangan pekerjaan tetap untuk buruh miskin telah menyebabkan ramai rakyat Filipina kembali terjerumus ke dalam masalah kewangan, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#rakyat Filipina miskin
#pandemik
#Presiden Ferdinand Marcos Jr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan