Rakyat Itali mula mengundi dalam pilihan raya awal

Bernama
September 25, 2022 09:12 MYT
Seekor anjing menunggu tuannya menunaikan tanggungjawab mengundi di sebuah pusat mengundi di Rom. - AP
ANKARA: Rakyat Itali mula mengundi dalam pilihan raya awal pada Ahad.
Pilihan raya awal diadakan selepas Presiden Sergio Mattarella membubarkan Parlimen pada Julai dan meminta agar pilihan raya diadakan pada 25 September, sekali gus menandakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mario Draghi berakhir.
Hampir 51 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala lebih empat juta rakyat Itali yang tinggal di luar negara telah menunaikan tanggungjawab mereka.
Dengan kadar populasi 59 juta, 51 peratus rakyatnya terdiri golongan wanita.
Pengundi berusia 18 tahun ke atas juga berpeluang mengundi, kali pertama dalam sejarah Itali, selepas diluluskan Senat sebelum ini.
Proses mengundi bermula pada 7 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) dan pusat mengundi ditutup pada 11 malam waktu tempatan.
Rakyat Itali akan memilih 200 senator dan 400 perwakilan.
-- BERNAMA
#Itali #pilihan raya #rakyat itali mengundi #bubar parlimen