Rakyat Jepun keluar mengundi pada Ahad dalam pilihan raya umum yang diadakan lebih awal yang dilihat menguji populariti dasar ekonomi perdana menteri Shinzo Abe yang digelar “Abenomics”.
Pusat-pusat mengundi dibuka seawal jam 7.00 pagi di seluruh negara itu.
Proses pengiraan undi dijangka bermula pada sebelah malam dan keputusan awal dijangka dapat diketahui sejurus selepas itu.
Pemerhati berpendapat kerajaan sedia ada yang dterajui Parti Liberal Demokratik, LDP, yang dipimpin Abe bersama parti sekutunya Komeito tidak akan berhadapan masalah untuk kembali berkuasa di dewan rendah sekaligus menerajui negara itu.
Ini ditambah lagi oleh masalah pakatan pembangkang yang berada didalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini.
Abe dalam kempennya di Akihabara, Tokyo berkata, polisi "Abenomics"nya diusulkan untuk mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
Katanya Jepun mampu untuk menjana pendapatan lebih tinggi.
Pungutan suara awal, mendapati kerajaan Abe mampu untuk meraih 300 daripada 475 kerusi yang ditandinginya untuk memberikan majoriti besar di dewan rendah.
Pembangkang pula dlihat mampu menambah beberapa lagi kerusi namun masih belum boleh menggugat kerajaan Abe.
Abe yang berusia 60 tahun memanggil pilihan raya awal bulan lalu.
Polisi "Abenomics" beliau antara lain menekankan kepada perubahan dasar dalam bidang kewangan, stimulus fiskal dan perubahan struktur dalam ekonomi negara itu.
Kemenangan akan memberikan peluang untuk Abe melaksanakan dasar-dasar yang dirancang untuk tempoh empat tahun lagi.
AFP
Sun Dec 14 2014
Pungutan suara awal, mendapati kerajaan Abe mampu untuk meraih 300 daripada 475 kerusi yang ditandinginya. - Foto AFP
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Rakyat Jepun keluar mengundi dalam pilihan raya awal
Rakyat Jepun keluar mengundi pada Ahad dalam pilihan raya umum yang diadakan lebih awal yang dilihat menguji populariti dasar ekonomi perdana menteri Shinzo Abe yang digelar "Abenomics".
Kaum hawa dan Womenomics harapan rejuvenasi ekonomi Jepun
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe yang tampil dengan langkah tegas ekonominya yang dikenali sebagai Abenomics, kini memberi fokus utama kepada kuasa ekonomi wanita atau 'Womenomics'.