WASHINGTON DC: Satu perhimpunan menyokong kawalan senjata api serta menuntut penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang keganasan senjata api diadakan pada Khamis.
Ia susulan insiden terbaharu tembakan rambang di Robb Elementary School di Uvalde, Texas pada Selasa yang mengorbankan 21 nyawa, majoritinya kanak-kanak.
Sekumpulan ibu bapa juga turut berhimpun di luar bangunan Capitol bersama beberapa Senator Demokrat bagi mengecam tindakan Senator Republikan yang tidak bertindak dalam langkah kawalan senjata.
Peserta perhimpunan mempersoal mengapa Senator Republikan tidak melakukan apa-apa sejak insiden sedemikian tercetus lebih sedekad lalu.
Menurut peserta perhimpunan yang juga Penasihat Lembaga Pelajar, Ade Osadolor-Hernandez, mereka menuntut tindakan segera penggubal undang-undang demi mengubah keadaan ini.
“Kami perlukan lebih daripada ingatan dan doa. Kami menuntut tindakan daripada penggubal undang-undang.
"Saya seorang peguam bela, saya tahu bahawa dengan perpaduan kita boleh mengubah keadaan kita sekarang.
"Budaya berubah dan naratif berubah. Kita perlu cari pemberdayaan melalui tindakan. Kita akan menuntut tindakan untuk ubah,” katanya.
Sementara itu, Pengasas NGO Moms Demand Action, Shannon Watts mempersoalkan sama ada senator yang dilantik bekerja demi rakyat atau pengeluar senjata api.
"Kami tahu bagaimana untuk menghentikan ini. Kami tahu bagaimana untuk memastikan rakyat selamat semasa mereka keluar membeli-belah, semasa mereka berada di sekolah, semasa mereka beribadat.
"Jadi, kami tanya kepada senator: Anda bekerja untuk siapa?
"Adakah anda bekerja untuk 90 peratus rakyat AS yang menyokong undang-undang keselamatan senjata api, atau adakah anda bekerja untuk pengeluar senjata api yang menyumbang kepada poket anda dan menghalang kuasa anda ketika lebih 110 rakyat Amerika ditembak dan dibunuh setiap hari?" tegasnya.
Percubaan pertama Demokrat untuk bertindak terhadap insiden tembakan rambang di Buffalo dan Uvalde, Texas, gagal di Senat.
Republikan pada Khamis menyekat perbahasan mengenai rang undang-undang keganasan domestik yang akan membuka perbahasan mengenai keganasan domestik, jenayah kebencian dan dasar senjata api.
Undian terakhir adalah 47-47, kurang daripada 60 yang diperlukan untuk perbahasan rang undang-undang.
Penolakan rang undang-undang itu hanya dua hari selepas kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Texas yang mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua guru.
Ia sekali gus menyebabkan kegagalan berterusan kongres untuk meluluskan undang-undang mengekang wabak keganasan senjata api di negara itu.
Agensi
Fri May 27 2022
Peserta perhimpunan mempersoalkan mengapa Senator Republikan tidak melakukan apa-apa sejak insiden sedemikian tercetus lebih sedekad lalu. -AP
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rakyat AS ke Capitol gesa undang-undang keganasan senjata api diluluskan
Sekumpulan ibu-bapa turut berhimpun di luar bangunan capitol bersama beberapa Senator Demokrat bagi mengecam tindakan Senator Republikan.
Insiden tembakan sekolah rendah Texas: Guru maut ketika lindungi murid
Mangsa dikenali sebagai Eva Mireles, seorang guru yang telah mengajar selama 17 tahun di sekolah tersebut.