awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Korea Utara dipaksa serah anjing peliharaan untuk dijadikan makanan - Laporan

Agensi
Agensi
21/08/2020
02:00 MYT
Rakyat Korea Utara dipaksa serah anjing peliharaan untuk dijadikan makanan - Laporan
Daging anjing merupakan sajian popular di China dan di Semenanjung Korea. - Foto/Reuters
Rakyat Korea Utara dilaporkan dipaksa menyerahkan anjing peliharaan mereka untuk dijadikan hidangan makanan di restoran.
Sky News melaporkan Presiden Kim Jong Un mengambil langkah itu bagi membantu meredakan ketegangan ekonomi negara berkenaan, termasuk kekurangan daging sebagai makanan.
Anjing kebiasaannya dipelihara golongan elit dan kaya yang tinggal di Pyongyang dan dilihat sebagai sebagai simbol kemerosotan kapitalis, manakala rakyat biasa dan orang miskin memelihara khinzir dan haiwan ternakan lain.
Kim mengeluarkan larangan pemilikan haiwan peliharaan pada bulan Julai, mengecamnya sebagai 'trend yang dicemari oleh ideologi bourgeois', menurut akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo.
"Pihak berkuasa telah mengenal pasti kediaman yang mempunyai anjing peliharaan dan memaksa mereka untuk menyerah atau menyita mereka secara paksa," kata sumber kepada akhbar berkenaan.
Sebahagian anjing yang ditangkap dihantar ke zoo yang dikendalikan kerajaan atau dijual ke restoran daging anjing, sumber itu menambah.
Daging anjing merupakan sajian popular di China dan di Semenanjung Korea, namun permintaan terhadapnya semakin menurun di Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#anjing
#ekonomi
#ketegangan ekonomi
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#makan anjing
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan