Rakyat Malaysia antara dua ditahan di Singapura berkaitan dadah

Bernama
April 10, 2015 14:53 MYT
Pihak CNB menemui kira-kira 25 gram 'Ice' dan peralatan dadah serta sejumlah 458 gram heroin, 112 gram "Ice' dan wang tunai S$1,000 pada motosikalnya yang diparkir di kawasan tersebut.- Gambar Fail
Seorang rakyat Malaysia berumur 33 tahun adalah dua yang ditahan dalam operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana disyaki mengedar dadah.
Seorang lagi ialah warga Singapura berumur 48 tahun.
Dalam satu kenyataan Jumaat, CNB berkata mereka ditahan di kawasan Teck Whye Lane.
Turut dirampas sejumlah dadah dianggar bernilai lebih S$90,000.
Kira-kira 466 gram heroin ditemui daripada suspek warga Singapura itu dan 12 gram heroin serta 10 gram 'ICE' dari rumahnya di kawasan berkenaan.
Sementara daripada warga Malaysia itu, pihak CNB menemui kira-kira 25 gram 'Ice' dan peralatan dadah serta sejumlah 458 gram heroin, 112 gram "Ice' dan wang tunai S$1,000 pada motosikalnya yang diparkir di kawasan tersebut.
Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntuk hukuman mati sekiranya jumlah heroin tulen (diamorphine) yang diedar melebihi 15 gram.
#Akta Penyalahgunaan Dadah #Biro Narkotik Pusat (CNB) #Dadah