Semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan taufan Haiyan di Filipina dilapor selamat.
Kementerian Luar dalam kenyataan di sini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.
"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Filipina dan keluarga mangsa-mangsa kejadian taufan Haiyan yang melanda beberapa bahagian di Wilayah Tengah Filipina," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina dan mangsa-mangsa bencana alam itu dalam bentuk penghantaran pasukan perubatan tentera dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Pada masa sama Kelab Putra 1Malaysia bersedia menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan lain, kata kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya 10,000 orang dilapor terbunuh dalam taufan Haiyan, ribut paling kuat di dunia tahun ini yang melanda Filipina tiga hari lepas.
Bernama
Mon Nov 11 2013
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
5 maut jambatan runtuh di selatan Filipina
Dua lagi cedera parah tetapi terselamat. Satu siasatan telah dimulakan berhubung kemalangan itu.
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Filipina - Wisma Putra
Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas dalam gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Polomolok, Selatan Cotabato, Filipina.
Selatan Filipina dilanda gempa 6.6 magnitud
Gempa yang pada awalnya dikesan berkekuatan 6.8 itu bagaimanapun tidak mencetuskan tsunami, memetik kenyataan USGS.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas Taufan Haiyan di Filipina selamat
Semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan taufan Haiyan di Filipina dilapor selamat.
Kedutaan Malaysia di Makati City tetap beroperasi
Kedutaan besar Malaysia di Makati City tetap beroperasi seperti biasa disebalik tunjuk perasaan yang berlangsung semalam.