PUTRAJAYA: Proses membawa pulang 32 rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan ke tanah air akan dilakukan sebaik keadaan mengizinkan, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Bercakap pada sidang media berkaitan situasi di Sudan di sini hari ini, Zambry berkata semua rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan selamat di tujuh lokaliti dan dibekalkan dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk tempoh dua minggu.
"Pada Mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar usaha ini dilakukan sebaik keadaan mengizinkan.
"Saya ingin tegaskan bahawa komitmen kerajaan untuk pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan adalah menjadi keutamaan," katanya serta menambah pasukan petugas khas akan membawa keluar rakyat Malaysia sebaik sahaja berpeluang berbuat demikian.
Zambry berkata berdasarkan penilaian semasa, laluan keluar yang selamat adalah melalui udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, namun setakat ini, lapangan terbang itu masih belum beroperasi kerana ia menjadi sasaran pertempuran.
Pertempuran ganas meletus pada Sabtu (16 April) antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bandar-bandar lain, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain sehingga mencetuskan konflik.
Ketegangan antara kedua-dua pasukan tentera itu semakin memuncak sejak Rabu di wilayah Merowe di utara Sudan, selepas RSF membawa kenderaan tentera ke lokasi berhampiran pangkalan udara tentera di sana yang dianggap tidak sah oleh tentera.
Zambry berkata berdasarkan laporan terkini, 185 orang terkorban manakala lebih 2,000 orang dilapor mengalami kecederaan dan angka korban itu dikhuatiri semakin meningkat kerana kekangan akses ke medan pertempuran serta perkhidmatan kesihatan Sudan yang kini berada pada tahap minimum.
Berkongsi perkembangan terkini Kompleks Petronas di Sudan yang telah diambil secara paksa pada Isnin lepas, beliau berkata pihak SAF yang masih menduduki bangunan itu menjadikan aras bumbung di blok B sebagai pos pemantauan bagi memantau sebarang aktiviti yang boleh mengancam ibu pejabat SAF.
Menyifatkan situasi pergolakan di Sudan amat kompleks, Zambry berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Makanan Sedunia (WFP) telah menyatakan kebimbangan masing-masing terhadap situasi itu.
"WFP misalannya telah menghentikan operasi bantuan kemanusiaan mereka setelah tiga orang kakitangan mereka menjadi korban dalam pertempuran ini," katanya.
Mengenai perkembangan di Tunisia susulan penahanan pemimpin utama Parti Ennahda, Rached Ghannouchi yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Tunisia pada Isnin lepas, Zambry berkata Wisma Putra mengikuti rapat perkembangan itu dan berharap negara berkenaan segera mencapai penyelesaian agar keadaan kembali stabil.
"Sebaik-baiknya mereka mengadakan penyelesaian di peringkat nasional dan mencapai kata sepakat bagi menghentikan keadaan yang tidak stabil di negara itu," katanya.
Beliau berkata Malaysia tidak akan mencampuri urusan negara lain tetapi sekiranya sesebuah negara tidak aman, ia akan memberi kesan kepada masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Zambry berkata berdasarkan laporan terkini, 185 orang terkorban manakala lebih 2,000 orang dilapor mengalami kecederaan. - Gambar fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.
Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.