DUNIA
Rakyat Mesir apung botol berisi makanan untuk penduduk Gaza, inisiatif simbolik lawan sekatan

Sekumpulan rakyat Mesir melancarkan inisiatif 'Dari Laut ke Laut Sebotol Harapan untuk Gaza' dengan menghanyutkan botol berisi makanan ke Laut Mediterranean sebagai usaha membantu penduduk Gaza yang kelaparan akibat sekatan. -Foto x @Marwa__Osman
KAHERAH: Sekumpulan rakyat Mesir melancarkan inisiatif simbolik dengan menghanyutkan botol plastik berisi makanan ke Laut Mediterranean sebagai usaha mendesak bagi membantu penduduk Gaza yang berdepan krisis kebuluran akibat sekatan berterusan oleh Israel.
Ringkasan AI
- Sekumpulan rakyat Mesir melancarkan inisiatif 'Dari Laut ke Laut Sebotol Harapan untuk Gaza' dengan menghanyutkan botol berisi makanan ke Laut Mediterranean sebagai usaha membantu penduduk Gaza yang kelaparan akibat sekatan.
- Botol plastik berisi makanan kering dilepaskan dari lokasi seperti Damietta dan Port Said, dengan harapan arus laut akan membawanya ke pantai Gaza dalam 72 hingga 96 jam.
- Inisiatif ini mendapat pujian di media sosial, namun ada pihak menyeru tindakan lebih berkesan seperti sokongan kepada badan bantuan sah dan desakan kepada masyarakat antarabangsa untuk membuka laluan bantuan.
Mereka turut menyeru penduduk negara Mediterranean lain seperti Libya, Tunisia, Algeria, dan Maghribi agar menyertai usaha tersebut.
Idea itu diilhamkan seorang jurutera Mesir yang berpangkalan di Jepun, berdasarkan konsep “mesej dalam botol”.
Beliau menjelaskan bahawa botol 25 liter yang ditutup rapat boleh memuatkan sehingga 8 kilogram makanan dan kekal terapung jika dilepaskan sekurang-kurangnya 4 kilometer dari pantai pada sudut 60 darjah ke timur laut.
Arus laut di timur Mediterranean yang mengalir dari barat ke timur dijangka membawa botol-botol tersebut ke Gaza dalam tempoh 72 hingga 96 jam jika dilepaskan dari kawasan seperti Damietta atau Port Said.
Inisiatif ini mendapat pujian meluas di media sosial, namun sesetengah pihak menggesa agar tindakan lebih berkesan diambil termasuk menyokong badan bantuan yang sah dan mendesak masyarakat antarabangsa membuka laluan bantuan ke Gaza.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1,000 rakyat Palestin terbunuh ketika cuba mendapatkan makanan sejak Mei lalu, manakala angka korban akibat kebuluran kini melebihi 115 orang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami