awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Mesir sambut ulang tahun Arab Spring, tidak endahkan pilihan raya Presiden

Agensi
Agensi
26/01/2018
13:53 MYT
Rakyat Mesir sambut ulang tahun Arab Spring, tidak endahkan pilihan raya Presiden
Hanya Fattah Al-Sisi yang akan bertanding bagi penggal kedua Pilihan Raya Presiden. - Reuters
Tujuh tahun selepas kejatuhan Hosni Mubarak, kehangatan revolusi yang mengubah lanskap pemerintahannya masih dirasi.
Ribuan rakyat Mesir berkumpul di ibu kota Kaherah bagi memperingati ulang tahun kejatuhan kerajaan pimpinan Mubarak pada Khamis.
Mereka berarak menuju ke Tahrir Square sambal membawa sepanduk dan melaungkan slogan kebebasan seperti yang berlaku ketika Arab Spring pada 2011.
Walaupun pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 hingga 28 Mac 2018, rakyat Mesir seolah-olah tidak mengendahkannya.
Tanggal 25 Januari 2011, merupakan tarikh keramat bagi rakyat Mesir yang menuntut hak demokrasi dan menentang kekejaman pihak polis.
Menurut Amnesty International, lebih 840 terkorban sepanjang 18 hari revolusi itu berlansung.
“Ini merupakan mimpi yang menjadi realiti bagi saya. Saya seolah-olah rasa wujudnya mini demokrasi, “ kata peserta perhimpunan, Ali Khafagi kepada Al Jazeera.
Seorang lagi peserta perhimpunan, Abdul Rahman Feris, berpendapat pihak kerajaan menganggap mereka yang menentang seperti kanak-kanak.
“Kami menentang (regim) bertahun-tahun dan sekadar disertai oleh hanya 100 orang atau lebih.
Disebabkan itu, pihak regim beranggapan kami hanyalah sekumpulan budak-budak,” jelasnya.
Ketika ini, hanya Fattah Al-Sisi yang akan bertanding bagi penggal kedua Pilihan Raya Presiden.
Topic Berkaitan
#arab spring
#Mesir
#pilihan raya
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan