awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel

Bernama
Bernama
22/11/2012
07:35 MYT
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Katanya ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.
"Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militan yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di Putrajaya pada Khamis. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Malah Hishammuddin berkata perhimpunan warga Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian hari ini adalah satu daripada usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat dan mengecam keganasan yang dilakukan Israel.
Topic Berkaitan
#Bantahan
#Gaza
#Hishammuddin
#kekejaman
#Menteri Dalam Negeri
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan