DUNIA
Rakyat Singapura guna chatbot AI untuk kerja, bukan bersosial - Kajian
Kajian yang memfokuskan pada persahabatan dalam era digital itu, menjalankan soal selidik ke atas 3,713 orang berumur 21 tahun ke atas, antara Oktober dan November 2025. - Gambar fail/Bernama
SINGAPURA: Kebanyakan pengguna chatbot kecerdasan buatan (AI) di Singapura bergantung pada teknologi itu untuk tujuan praktikal dan maklumat berbanding keperluan sosial atau emosi, lapor Xinhua, memetik tinjauan baharu.
Ringkasan AI
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa hubungan persahabatan secara peribadi masih kuat dalam era digital.
Lebih 60 peratus responden berkata mereka menggunakan chatbot AI, menurut tinjauan yang diterbitkan pada Selasa oleh Institut Kajian Dasar di Universiti Nasional Singapura.
Tinjauan mendapati bahawa 81.2 peratus menggunakan chatbot untuk mencari maklumat, ulasan atau cadangan manakala 61 peratus menyatakan bantuan untuk tugasan sekolah atau kerja.
Kajian yang memfokuskan pada persahabatan dalam era digital itu, menjalankan soal selidik ke atas 3,713 orang berumur 21 tahun ke atas, antara Oktober dan November 2025.
Sebaliknya, hanya 11.8 peratus berkata mereka terlibat dalam perbualan santai dengan chatbot AI dan kira-kira 10 peratus melaporkan bahawa mereka mendapatkan sokongan emosi atau bantuan kesihatan mental.
Kebanyakan responden menyatakan kewaspadaan terhadap teknologi. Lebih 92 peratus berkata orang ramai perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan chatbot AI manakala 87.3 peratus bersetuju bahawa chatbot boleh memberi maklumat mengelirukan.
Tujuh daripada 10 responden merasakan bahawa chatbot AI menwujudkan jangkaan tidak realistik tentang hubungan, menjadikannya lebih sukar untuk membentuk hubungan dan mengurangkan peluang untuk mendapatkan bantuan daripada orang sebenar.
Kajian itu juga mendapati bahawa persahabatan secara peribadi kekal kukuh, dengan ramai responden mengatakan mereka pertama kali bertemu dengan semua rakan rapat secara bersemuka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 60% pengguna chatbot kecerdasan buatan di Singapura gunakan teknologi itu untuk tujuan praktikal dan mencari maklumat.
- Sebahagian besar responden kajian menyatakan hubungan persahabatan secara peribadi masih penting dalam era digital.
- Hanya sebahagian kecil pengguna chatbot AI terlibat dalam perbualan santai atau menerima sokongan emosi daripada teknologi tersebut.