Dengan penuh semangat dan keterujaan ribuan orang berpusu-pusu ke stesen mengundi di Thailand sejak sebelum subuh untuk tidak melepaskan peluang melaksanakan hak mereka dalam pilihan raya pertama negera itu sejak rampasan kuasa tentera hampir lima tahun lepas.
Rakyat Thailand berbondong-bondong ke lebih 93,200 stesen mengundi di 77 provinsi di negara gajah putih itu sebelum ia dibuka pada 8 pagi (waktu tempatan) dengan harapan "suara mereka didengari dalam bentuk undi."
Lebih 51 juta pengundi dijangka mengundi bagi memilih 500 wakil ke Dewan Perwakilan, di mana 350 deripada mereka dipilih secara langsung menerusi pilihan raya kawasan, manakala 150 akan dilantik menerusi senarai perwakilan parti.
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha menyertai beribu-ribu rakyat Thailand mengundi di Soi Pradipat 5, Daerah Thai Phaya di sini pada 8.30 pagi (waktu tempatan).
Prayuth, yang dikenali dengan nama samarannya "Uncle Tu" adalah calon perdana menteri untuk Parti Palang Pracharat berkata, "Saya sangat teruja untuk rakyat (untuk membuang undi).
"Saya berharap semua orang akan keluar mengundi. Saya gembira rakyat kini lebih bersemangat untuk mengundi," katanya kepada media setelah membuang undi.
Sementara Raja Maha Vajiralongkorn dalam titah diraja pada Jumaat malam menyeru rakyat supaya menyokong "orang yang baik untuk memimpin dan halang mereka yang jahat daripada mendapat kuasa dan menimbulklan kekacauan."
Baginda berharap semua warga serta pegawai kerajaan termasuk penjawat awam, anggota tentera dan polis memastikan keselamatan negara dan kemakmuran rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) menjangkakan kehadiran pengundi yang tinggi dalam pilihan raya yang dinanti-nantikan di negara itu.
Terdapat 11,181 calon kawasan pilihan raya dan 2,917 calon senarai parti daripada 82 parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Semua stesen mengundi akan ditutup pada 5 petang sebelum bermulanya proses pengiraan undi
Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal 7 malam (waktu tempatan).
Parti yang baharu ditubuhkan dan pro-junta, Parti Palang Pracharat bertanding di 350 kerusi kawasan dan 120 kerusi senarai parti manakala Parti Demokrat (350 kerusi dan 150 senarai parti) Pheu Thai (250 kerusi dan 97 senarai parti), Parti Future Forward (350 kerusi dan 124 senarai parti).
Ahad lepas , 86.98 peratus daripada 2.6 juta pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2019

Pengundi dari etnik Kayan antara yang beratur di stesen mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya Thailand, di Mae Hong Son, 24 Mac, 2019. REUTERS

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Tuntutan palsu program Penjana: Tiga usahawan termasuk calon Pejuang pada PRU15 mengaku tidak bersalah
Datuk Mohd Ridzuan Abdullah didakwa 12 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bernilai RM378,000.

'Everything Everywhere All At Once' dahului pencalonan Oskar dengan 11 kategori
Yeoh akan bersaing dengan Cate Blanchett, Ana de Armas, Andrea Riseborough dan Michelle Williams dalam kategori pelakon wanita terbaik.

PKR kenal pasti, muktamad calon PRN dalam dua minggu lagi
Keputusan itu akan mengambil kira rundingan kerjasama yang akan turut dimuktamadkan bersama Barisan Nasional.

PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.

Calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah dimuktamadkan - Menteri Luar
PM Anwar akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Calon PRU15 ditahan polis, muat naik video guna senjata api tanpa lesen di media sosial
Wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun malam tadi.

PRU15: Pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula hari ini
Daftar pemilih bagi kerusi Parlimen Padang Serai melibatkan seramai 133,867 pemilih berdaftar, manakala bagi DUN Tioman, terdapat 28,465 pemilih berdaftar.
![[KOLUMNIS] P017 Padang Serai: Parlimen terakhir PRU15 [KOLUMNIS] P017 Padang Serai: Parlimen terakhir PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670090555_PRUPadangSerai.jpg)
[KOLUMNIS] P017 Padang Serai: Parlimen terakhir PRU15
Padang Serai akan memilih calon dalam jajaran politik berlainan berbanding Parlimen lain yang menjalani proses demokrasi sebelum ini.

PRU15: Calon BN akur beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk C. Sivaraj akur dengan keputusan BN untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.

PRU15 Padang Serai: 'Berehatlah, tak perlu turun bantu saya kempen' - Calon Pejuang
Hamzah Abdul Rahman berkata, kepimpinan tertinggi Gerakan Tanah Air (GTA) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak perlu turun membantu kempennya pada Pilihan Raya Umum ke-15.