awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya

Agensi
Agensi
30/07/2024
00:45 MYT
Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya
Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus. - Gambar REUTERS
MADRID: Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus sekali gus mengetepikan laporan awal kemenangan pembangkang.
Peserta perhimpunan dilihat mengibarkan bendera dan sepanduk di dataran bandar Puerta del Sol untuk menarik perhatian ramai dan mendakwa pilihan raya Presiden kali ini sebagai penipuan.
Pihak berkuasa menyatakan, calon pembangkang, Edmundo Gonzalez memenangi 44 peratus undi, walaupun pembangkang sudah meraikannya dan meminta penyokong untuk terus memantau pengiraan undi.
Tinjauan turut menunjukkan kemenangan besar pembangkang berikutan sokongan penuh semangat ditonjolkan kepada calon presidennya Edmundo Gonzalez dan ketua pembangkang Maria Corina Machado dalam kempen.
CNE berkata sejurus selepas tengah malam bahawa Maduro telah memenangi penggal ketiga dengan 51% undian sekali gus melanjutkan pemerintahan sosialis selama suku abad.
Maduro berkata, pemilihan semulanya adalah kejayaan keamanan serta kestabilan dan menegaskan, sistem pilihan raya Venezuela telus. - Agensi
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Venezuela
#pembangkang
#Presiden Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan