[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Rakyat Yaman ditahan di Makkah, tipu kempen haji

Bernama 08/05/2025 | 11:45 MYT
Suspek disyaki memuat naik iklan palsu berkaitan kempen haji di media sosial dengan menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan kepada jemaah di kawasan Tanah Suci. - Gambar hiasan/ Reuters
MAKKAH: Peronda keselamatan di Makkah menahan seorang penduduk Yaman kerana penipuan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Suspek disyaki memuat naik iklan palsu berkaitan kempen haji di media sosial dengan menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan kepada jemaah di kawasan Tanah Suci.
Tindakan undang-undang telah diambil dan suspek dirujuk kepada Pendakwa Raya.
Direktorat Am Keselamatan Awam menggesa warga tempatan dan penduduk untuk mematuhi peraturan dan garis panduan haji serta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, atau 999 di wilayah lain di seluruh kerajaan itu.
-- BERNAMA
#haji 2025 #Jejak Al-Haramain #rakyat yaman #Tipu haji