PERKONGSIAN video senamrobik atau zumba di media sosial menjadi kelaziman ketika ini, tatkala ramai yang cuba mengamalkan gaya hidup sihat disebalik pandemik COVID-19.
Namun, tular sejak semalam video aktiviti senamrobik seorang wanita di kawasan perkarangan menuju ke bangunan Parlimen Myanmar.
Dia yang telah menjadikan kawasan tersebut sebagai aktiviti rutinnya sejak tiga bulan lalu dilihat asyik bersenam dengan diiringi lagu popular Ampun Bang Jago.
Dikenali sebagai Khing Hnin Wai, guru pendidikan jasmani itu berkenaan berkongsi videonya sedang menari dalam akaun media sosialnya sehingga menarik perhatian ramai orang.
Video berkenaan yang menjadi tular menyebabkan portal berita New York Post turut melaporkannya.
Apa yang menyebabkan video itu semakin tular adalah apabila wanita itu dilihat tidak menyedari kehadiran gerombolan kenderaan tentera yang memasuki bangunan Parlimen Myanmar.
Kejadian dilaporkan berlaku semalam semasa proses rampasan kuasa tentera berlaku pada Isnin.
Junta tentera Myanmar telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama setahun, menurut pengumuman Pejabat Presiden Myanmar menerusi Irrawaddy TV, stesen penyiaran milik tentera.
BACA: Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun
Astro Awani
Tue Feb 02 2021

Khing Hnin Wai yang juga guru pendidikan jasmani berkongsi videonya sedang melakukan senamrobik tanpa menyedari di belakangnya ada konvoi askar sedang melakukan rampasan kuasa. - Foto Twitter Khing Hnin Wai

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura. Ini kerana, banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir Baling | Memahami punca tragedi banjir di Baling
Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, Felo Utama Lestari UKM

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Wajar untuk kerajaan mempelbagaikan sumber import makanan dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan, kata Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Tahniah Tok Mat, berani bersuara - Rafizi
Keberanian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan beliau tentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB adalah sesuatu yang wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.

Banjir Baling: ATM bina Jambatan Bailey - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.
![[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung [TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976735/thumbnails/13069822491657084919101_640x360.jpg)
[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung
Penyanyi nasyid popular, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu melepas tanpa membebaskan beliau daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Majistret, Muhammad Iskandar Zainol membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat memohon mahkamah mengeluarkan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap Muhammad Yasin.

Ralit senamrobik lagu 'Ampun Bang Jago', wanita tidak sedar di belakangnya konvoi askar Myanmar rampas kuasa
Khing Hnin Wai berkongsi videonya sedang menari dalam akaun media sosialnya sehingga menarik perhatian ramai orang.