ADDIS ABABA: Kesatuan Afrika pada Rabu bertindak menggantung keahlian Sudan dan melarang negara ini menyertai semua aktiviti kesatuan.
Keputusan itu akan berkuat kuasa sehingga kerajaan peralihan Sudan dikembalikan semula. Kerajaan peralihan itu dibentuk lebih dua tahun lepas susulan penyingkiran bekas Presiden Omar al-Bashir, lapor agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) menggesa pengembalian semula kerajaan peralihan yang menggabungan pegawai awam dan tentera.
Sambil menyambut baik pembebasan Perdana Menteri Abdalla Hamdok, PAPS menyeru sayap tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Burhan supaya membebaskan anggota Kabinet yang ditahan dan pegawai awam lain.
Pada Isnin, tentera Sudan mengumumkan darurat, membubarkan majlis kedaulatan dan kerajaan peralihan, beberapa jam selepas menahan Hamdok dan beberapa menteri.
Rentetan daripada pengambilalihan tentera itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai negara telah menggesa kerajaan peralihan dikembalikan sementara pilihan raya umum diadakan.
Selepas rampasan kuasa tentera yang gagal bulan lepas, ketegangan meletus antara tentera dan pentadbiran awam di Sudan.
Sebelum tentera mengambil alih, Sudan ditadbir oleh majlis berdaulat yang menggabungkan pihak tentera dan awam, sementara pilihan raya yang dijadualkan pada 2023 diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) menggesa pengembalian semula kerajaan peralihan yang menggabungan pegawai awam dan tentera. - AP

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sudan catat kes cacar monyet pertama
Pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara.

Bantuan makanan untuk Sudan Selatan ditangguh susulan kekurangan dana - WFP
Menurut pertubuhan kemanusiaan PBB itu, kira-kira AS$426 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan enam juta individu pada 2022.

Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara
Arahan itu dibuat bertujuan menyediakan suasana untuk dialog yang boleh capai kestabilan bagi tempoh peralihan.

Perdana Menteri Sudan letak jawatan
Selepas dikenakan tahanan rumah, Hamdock kembali semula pada November selepas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa.

38 terbunuh dalam runtuhan lombong emas di selatan Sudan
Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited melaporkan kejadian 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya.

Tunjuk perasaan di Sudan: Kesemua 49 rakyat Malaysia selamat - Wisma Putra
Kesemua 49 rakyat Malaysia, termasuk 25 pelajar di Sudan dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan demonstrasi besar-besaran yang diadakan di seluruh negara tersebut pada 30 Oktober 2021.

Krisis Sudan: Bekalan makanan rakyat Malaysia mencukupi, proses evakuasi jika meruncing
Wisma Putra memantau rapi perkembangan terkini situasi di negara itu dan MKN sedia laksanakan proses evakuasi jika keadaan meruncing.

Ketegangan sedikit reda di Sudan, pasar mula dibuka semula
Pembukaan itu menyaksikan ramai peniaga turut memulakan operasi perniagaan seperti biasa.

Jambatan, jalan raya mula dibuka di Sudan
Laluan pengguna jalan raya itu dibuka dengan pemantauan tentera Sudan dan pasukan sokongan pantas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.