Skip to main content

Dunia

AS rancang pakej penjualan senjata AS$2.8 bilion kepada Israel

A view of the White House in Washington, D.C., U.S., March 2, 2026. REUTERS/Ken Cedeno
Seorang pegawai kanan White House bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran cadangan itu, sebaliknya berkata semua penjualan senjata asing sedang melalui proses undang-undang yang sewajarnya. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump dilapor merancang pakej penjualan senjata baharu bernilai AS$2.8 bilion (kira-kira RM11.8 bilion) kepada Israel, termasuk 40,000 bom seberat 907 kilogram.

Menurut laporan Associated Press (AP) yang memetik pegawai Amerika Syarikat, pakej yang masih dalam peringkat akhir kelulusan itu merangkumi 20,000 bom jenis Mk84 dan 20,000 bom BLU-117.

Kongres Amerika Syarikat telah dimaklumkan secara tidak rasmi mengenai cadangan urus niaga berkenaan, yang sebahagian besarnya akan dibiayai menerusi skim Foreign Military Financing menggunakan dana kerajaan AS.

Bom berkenaan mempunyai beberapa varian, termasuk yang mampu menembusi sasaran bawah tanah serta menyebabkan kerosakan besar di kawasan permukaan.

Seorang pegawai kanan White House bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran cadangan itu, sebaliknya berkata semua penjualan senjata asing sedang melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

Cadangan penjualan senjata itu muncul ketika Israel terus berdepan tekanan dan kritikan antarabangsa berhubung operasinya di Gaza.

Must Watch Video

Advertisement