DUNIA
Rancangan Trump import daging lembu Argentina cetus tentangan penternak AS
Trump memberitahu AS mungkin "membeli daging lembu dari Argentina," sambil menambah langkah itu "akan menurunkan harga daging lembu kita". - Gambar fail/Reuters/Elizabeth Frantz
LOS ANGELES: Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengimport daging lembu dari Argentina ditentang hebat oleh penternak lembu negara itu, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan media pada Isnin, Persatuan Penternak Lembu Daging Kebangsaan (NCBA) memberi amaran bahawa import sedemikian akan menjejaskan penternak lembu tempatan dan mengganggu prinsip pasaran bebas.
Ketua Eksekutif NCBA Colin Woodall berkata ahli-ahli NCBA yang terdiri daripada keluarga penternak dan pengusaha ladang ternakan menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan menambah import daging lembu dari Argentina bagi menurunkan harga pengguna.
"Rancangan ini hanya menimbulkan kekacauan pada masa kritikal bagi penternak lembu Amerika, tanpa memberi kesan terhadap penurunan harga di pasar raya," katanya.
Trump pada Ahad memberitahu pemberita bahawa AS mungkin "membeli daging lembu dari Argentina," sambil menambah langkah itu "akan menurunkan harga daging lembu kita" dan "membantu Argentina, yang kami anggap sebagai sebuah negara serta sekutu yang sangat baik."
Woodall menegaskan bahawa hubungan perdagangan antara kedua-dua negara adalah tidak seimbang, dengan menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, Argentina telah menjual lebih US$801 juta daging lembu ke pasaran AS, manakala AS hanya berjaya menjual kira-kira US$7 juta daging lembu ke Argentina.
"Kami menyeru Presiden Trump dan ahli Kongres supaya membiarkan pasaran berfungsi, dan tidak campur tangan dengan cara yang hanya akan merugikan komuniti luar bandar Amerika," kata NCBA.
Senator Republikan dari Nebraska, Deb Fischer yang juga seorang penternak lembu, turut memberi amaran bahawa cadangan itu akan menjejaskan penternak lembu AS dan gagal menurunkan harga kepada pengguna.
Dalam hantaran di platform X miliknya pada Selasa, beliau berkata: "Jika matlamatnya adalah untuk menangani harga daging lembu di pasar raya, ini bukan caranya."
Menurut Biro Statistik Buruh AS, harga purata daging lembu kisar di AS mencecah paras tertinggi baharu iaitu US$6.32 bagi setiap paun (453 gram) pada Ogos tahun ini, meningkat 51 peratus berbanding Februari 2020.
Media tempatan melaporkan bahawa kenaikan harga daging lembu didorong oleh penyusutan bilangan ternakan akibat kemarau, peningkatan kos makanan ternakan dan gangguan perdagangan.
-- BERNAMA