MOSCOW: Rangka Nanotyrannus yang diberi gelaran “Jodi” dijadualkan dilelong di rumah lelong Sotheby’s di New York pada 27 Okt, dengan anggaran harga prajualan antara AS$6 juta hingga AS$9 juta, menurut CBS News pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Fosil dinosaur itu mula dipamerkan kepada orang ramai pada Selasa menjelang lelongan berkenaan, menurut laporan itu. Rangka itu dianggarkan berusia kira-kira 67 juta tahun.
Pada pertengahan Julai, Sotheby’s melelong fosil dinosaur di New York pada harga rekod AS$50.1 juta.
Spesimen Tyrannosaurus rex yang diberi gelaran “Gus” itu menjadi dinosaur paling mahal pernah dijual melalui lelongan, mengatasi anggaran harga prajualan antara AS$20 juta hingga AS$30 juta.
Rekod lelongan fosil sebelum ini dipegang oleh “Apex”, fosil Stegosaurus yang dibeli pada 2024 oleh jutawan Ken Griffin pada harga AS$44.6 juta.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI