PENEMUAN mengenai rangka tulang Atacama yang ditemui 15 tahun lepas didapati wujud mutasi dalam genetik tulang itu dan bukannya mempunyai ciri-ciri luar biasa atau alien, menurut pakar genetik.

Pakar genetik dari Universiti Stanford, Gary Nolan, menyangkal bahawa rangka tulang Atacama iu disyaki mempunyai sesuatu yang dianggap supernatural.

Nolan telah mendedahkan bahawa rangka tulang Ata mempunyai DNA manusia dalam draf genomnya itu pada tahun 2013, sunggpun ia mempunyai mutasi yang luar biasa.

Rangka tulang Atacama itu mengalami dysplasia, iaitu keadaan yang berlakunya tumbesaran dan pembentukan tisu organ yang abnormal dan berkemungkinan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

"Kami mengesan mutasi yang terdapat dalam genetik rangka tulang itu dan juga penemuan berkenaan ibarat satu dalam seribu," katanya melalui jurnal melalui laporan kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Genome Research pada hari Khamis.

Rangka tulang Atacama atau diberi nama Ata, yang ditemui di gurun Chile mempunyai 10 tulang rusuk, berbeza daripada jumlah tulang rusuk manusia biasa iaitu 12 tulang.

Tengkorak Ata kelihatan kecil dan mempunyai puncak serta tulangnya dikalsifikasikan seperti kanak-kanak berusia sekitar enam hingga lapan tahun, namun umur yang dicatatkan daripada rangka tulang Ata itu bertentangan daripada saiz yang dilihat, iaitu ketinggian dicatatkan berukuran 6 inci (15 sentimeter) sahaja.

genome.cshlp.org

Genom yang didapati dalam rangka tulang Ata itu dikatakan tidak menemui sebarang kromosom-Y dan mengesahkan bahawa Ata adalah seorang perempuan.

Melalui laporannya, Nolan juga berkata beberapa ahli saintis telah mengkaji mengenai rangka tulang Ata dan mereka mendapati bahawa Ata adalah satu penemuan 'manusia yang paling jarang pernah ditemui' disebabkan mutasi yang luar biasa, kerana ketinggiannya hanya 6 inci dan memiliki struktur tulang yang sangat pelik.

"Penemuan genetik dalam rangka tulang Ata telah memberikan satu inspirasi bagi mengkaji mengenai perkembangan genetik untuk pertumbuhan sel tulang.

"Apapun, saya berharap rangka tulang Ata akan berakhir di mana ia bermula, iaitu dikembalikan ke Chile dan dikebumikan kerana dia layak untuk disemadikan secara aman," ujar Nolan.

Ciri-ciri luaran yang unik daripada rangka tulang Ata itu menarik perhatian para penyiasat luar angkasa dan pemburu makhluk asing, sewaktu rangka tulang Ata itu ditemui pada tahun 2003 oleh seorang lelaki berdekatan sebuah gereja di kawasan padang pasir Chile.