DUNIA
Rangkaian perdagangan Afghanistan kini lebih 100 negara
Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Menteri Industri dan Perdagangan Nooruddin Azizi semasa program akauntabiliti kerajaan.
KABUL: Afghanistan kini telah mengembangkan jangkauan perdagangan antarabangsa ke lebih 100 negara di seluruh dunia dengan jumlah dagangan keseluruhan mencecah sekitar US$13 bilion, menurut Kementerian Industri dan Perdagangan seperti dilaporkan Xinhua.
Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Menteri Industri dan Perdagangan Nooruddin Azizi semasa program akauntabiliti kerajaan.
Dalam tempoh 12 bulan lepas, sebanyak 43 negara telah menggunakan Afghanistan sebagai laluan transit untuk menghantar barangan ke 21 negara destinasi. Sepanjang tempoh itu, Afghanistan telah mengendalikan transit lebih lapan juta tan barangan, kata Azizi.
Beliau turut memaklumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu meningkat daripada AS$14.58 bilion kepada AS$17.3 bilion.
Sepanjang tempoh sama, kementerian telah melaksanakan 85 projek pembangunan di 28 daripada 34 wilayah, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan untuk 142,000 individu.
Bagi perancangan masa hadapan, kementerian menetapkan sasaran besar termasuk peningkatan 10 peratus dalam KDNK, pertumbuhan eksport sebanyak 25 peratus, menarik pelaburan baharu bernilai US$500 juta, serta mencipta lebih 100,000 pekerjaan baharu.
--BERNAMA-XINHUA